Pelakon Nafiez Zaidi memaklumkan bahawa hubungan cintanya bersama aktres Fify Azmi sudah pun berakhir sejak Aidilfitri yang lalu setelah 2 tahun menyulam hubungan cinta.
Ditemui Gempak, Nafiez juga mendedahkan bahawa dia sepatutnya bernikah dengan Fify pada Disember tahun lalu namun ditangguhkan atas permintaan bekas kekasihnya itu.
ARTIKEL MENARIK:“Jgn belagak terima anugerah tu..”- Qistina Raisah Perli? Sekali Bell tampil sekolahkn dia..
Ya, saya dan Fify sudah tiada apa-apa hubungan sejak raya puasa lalu. Memang betul sebelum ini keluarga saya sudah merisik Fify dan kami dah ada tarikh untuk bernikah pun.
Ikutkan perancangan asal, kami patutnya bernikah pada Disember tahun lalu. Tapi masa saya tengah jalani penggambaran filem MALBATT di Turki, Fify ada hubungi saya untuk tangguh pernikahan kami.
Ujarnya lagi, semenjak itu, hubungan dia dan Fify semakin renggang dan berlaku banyak salah faham sebelum mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah.
Dalam pada itu, Nafiez menafikan punca perpisahan mereka adalah disebabkan kehadiran orang ketiga dan imej seksi Fify melainkan tiada persefahaman dan keserasian semata-mata.
Saya ada juga usaha untuk pertahankan hubungan kami, tapi Fify yang berkeras untuk berpisah. Untuk kebaikan, kita pun berpisah la. Kami masih berkawan tapi sudah lama tak berhubung.
Terdahulu, hubungan Nafiez dan Fify mula diketahui umum sekitar hujung tahun 2021 apabila kedua-duanya menunjukkan kemesraan dan bercuti bersama di media sosial.
Kredit -beautifulnara
إرسال تعليق