Pensohor media sosial terkenal Indonesia, Lina Mukherjee dilaporkan telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun oleh mahkamah negara itu setelah dia memuat naik video mempersendakan agama Islam sebelum ini.
Wanita berusia 33 tahun itu telah didapati bersalah kerana memuat naik video yang mencetuskan kebencian dan menghina agama Islam.
ARTIKEL MENARIK:“Takmau Cakap Apa, Satgi Kena Maki” – Warung ‘Viral’ Di Perlis Guna Mangkuk Berlumut, Hidang Untuk Pelanggan
Difahamkan, hukuman itu dikenakan buat Lina kerana tular video memaparkan dia membaca ‘Bismillah’ sebelum menjamah hidangan babi yang telah meraih perhatian ramai warga maya di media sosial.
Selain dikenakan penjara selama 2 tahun, dia juga diperuntukkan membayar denda sebanyak 250 juta rupiah (RM76,436.40) dan sekiranya gagal membuat sebarang bayaran, hukuman penjara bakal dilanjutkan lagi tiga bulan.
Lina yang merupakan seorang muslim telah menerima kecaman gara-gara video tersebut sehingga mendapat perhatian badan ulama tertinggi Indonesia yang turut menyifatkan perbuatannya itu sebagai menghina agama.
إرسال تعليق