GOMBAK – Seorang lelaki disahkan maut manakala empat lagi rakannya cedera dalam kemalangan kereta terbalik di Jalan Genting Highland, Genting Sempah, di sini, hari ini.
Dalam kejadian sekitar pukul 4.40 pagi itu, Yakesh Raj Sarawanan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
ARTIKEL MENARIK:Isteri terkejut suami ditemukan maut selepas keluar menoreh getah
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, susulan laporan yang diterima, seramai lapan anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikerah ke lokasi kejadian.
“kami mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga FLX yang dinaiki lima lelaki tempatan telah terbabas dan terbalik.
“Tiga mangsa cedera ringan, seorang cedera parah di bahagian kaki kiri manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Ahmad Mukhlis, kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 20-an. – KOSMO! ONLINE.
Kredit -Kosmo Digital.
إرسال تعليق