Kecoh di media sosial apabila ada jemaah umrah dari Malaysia telah ditahan di Madinah oleh pihak berkuasa tempatan di sana kerana disalah tafsir sebegai pejuang Palestin.
Jemaah tersebut, Huda Izaham ada lampirkan gambar tersebut dan kelihatan dia seperti berada di pekarangan Masjid Nabawi.
ARTIKEL MENARIK:Ibu Kota Dibanjiri Umat Islam Bersolidariti Untuk Palestin
Dia menaikkan jari telunjuk yang menuju ke langit yang membawa maksud ‘Allah yang satu’. Katanya, dia telah ditahan bersama dua sahabat lagi kerana gambar tersebut dan dia telah disoal siasat selama 30 hingga ke 45 minit.
Mereka juga telah dibawa berjalan sepanjang 500 meter oleh pihak polis kerana nak pastikan jika mereka akan melarikan diri atau tidak.
“Alhamdulillah kami dilepaskan. Mujur ada sahabat Abu Muadz yang boleh berbahasa Arab datang membantu.
Sebelum ini, pernah hangat satu kes apabila seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Arab Saudi didakwa ditahan oleh pihak berkuasa kerana kelantangannya membuat kritikan.
Lapor mStar, individu tersebut menyifatkan Arab Saudi seperti dunia akhir zaman kerana pelacuran dan penjualan arak bebas berleluasa.
Sumber : mStar Online, Facebook
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
Kredit -
إرسال تعليق