“Sebelum Kesihatan Merosot, Ayah Ada Pesan Untuk Mandikan & Solatkan Jenazahnya” – Anak Sulung Arwah Suhaimi Saad

Anak sulung Allahyarham Mohd Suhaimi Saad bersyukur apabila hasrat bapanya untuk jenazah dimandikan dan disolatkan anak sendiri, tertunai.

“Sebelum Kesihatan Merosot, Ayah Ada Pesan Untuk Mandikan & Solatkan Jenazahnya” – Anak Sulung Arwah Suhaimi Saad



Kata Ehmad Hadie Elfardie, arwah sempat berpesan kepadanya sebelum keadaan kesihatannya merosot agar dia akan membantu ibunya, Ina Naim untuk membesarkan adik-adiknya.

ARTIKEL MENARIK:“Itu Jenazah Ibu, Patut Lama Tak Datang Jumpa…”- Baru Sedar Dari Koma, Air Mata Abdullah Gugur


Ayah pesan minta kami jaga solat dan jangan tinggal mengaji. Ayah juga pesan kalau dah tak ada nanti mandikan ayah, solatkan ayah… Alhamdulillah semua itu kita sudah selesaikan.

suhaimi

Remaja berusia 15 tahun itu berkata dia reda dengan pemergian bapanya dan menerimanya sebagai qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Tuhan.

Ujarnya lagi, dia dan adik beradik sangat rapat dengan arwah bapa dan setiap hari ada sahaja aktiviti yang dilakukan bersama-sama.




Hari-hari menjadi kenangan terindah bersama ayah ada sahaja benda yang seronok kami buat dengan ayah.

suhaimi


Kredit -beautifulnara

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم