CHANGLUN – Seorang anggota tentera maut, manakala lima lagi cedera setelah trak tentera dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Kampung Bukit Kechik, dekat sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Chien Chunng Tsaur berkata, dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, trak tiga tan berkenaan dalam perjalanan dari Kem Bukit Kayu Hitam untuk mengambil catuan kering di Kem Bukit Cowder, Perlis
ARTIKEL MENARIK:Lelaki maut diikat, dipukul: Polis tunggu laporan punca kematian
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu yang juga anggota tentera berusia 29 tahun yang bertugas di Kem 5 Rejimen Sempadan Bukit Kayu Hitam memandu dari arah Kem Askar Wataniah Kepala Batas menghala ke Markas 30 Briged di Kem Bukit Cowder di Perlis dengan membawa muatan catuan makanan.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, trak tentera tersebut dipercayai mengelak sebuah kereta bernombor pendaftaran tidak pasti yang bergerak dari arah bertentangan. Akibat kejadian itu, trak berkenaan cuba mengelak ke kiri, namun disebabkan jalan raya sempit dan bahu jalan tidak berturap mengakibatkan kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut beliau, kemalangan itu mengakibatkan trak tersebut terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas dan mengakibatkan seorang daripada lima penumpang belakang yang mengalami kecederaan disahkan maut di tempat kejadian.
“Mayat mangsa dihantar ke Forensik Hospital Jitra untuk bedah siasat. Seorang daripada anggota yang cedera dihantar ke Hospital Jitra manakala empat lagi mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk menerima rawatan, Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE
Kredit -Kosmo Digital.
إرسال تعليق