Lelaki maut diikat, dipukul: Polis tunggu laporan punca kematian

KAJANG – Polis masih menunggu hasil keputusan ujian makmal bagi mengenal pasti punca kematian kes seorang lelaki yang diikat dan dipukul sehingga maut di Taman Pelangi, Semenyih 2, di sini, kelmarin.

Lelaki maut diikat, dipukul: Polis tunggu laporan punca kematian



Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil bedah siasat tidak menunjukkan kesan kecederaan yang menjurus kearah kematian.

ARTIKEL MENARIK:Lori elak motosikal punca wanita hamil, ibu terkorban


Kata beliau, jumlah suspek yang ditahan masih lima individu disyaki terbabit dalam kejadian.

“Post Mortem (bedah siasat) menunjukkan tiada kecederaan yang ketara yang boleh menyebabkan kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lima telah ditahan.

“Sebab kematian masih dalam siasatan. Polis masih menunggu keputusan ujian makmal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan, seorang lelaki tempatan disahkan maut disyaki dipukul serta diikat sekumpulan lelaki di kawasan Taman Pelangi Semenyih 2, di sini, kelmarin.

Difahamkan, pemandu berusia 42 tahun itu dibelasah selepas mengakibatkan kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan terbabit pada pukul 9.20 malam




Siasatan awal pegawai penyiasat trafik di lokasi kejadian, mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga warna kelabu dipercayai terbabas melanggar pagar kawasan perumahan tersebut.

Pemandu kereta tersebut ditemui tidak bernyawa dalam keadaan terbaring atas jalan dan terdapat kesan pergelangan tangan seperti diikat.

Selain itu, terdapat saksi penghuni di kawasan perumahan tersebut nampak mangsa terbabas seterusnya ditarik keluar dari kenderaan oleh sekumpulan lelaki dan dipukul sebelum mangsa diikat sambil terbaring di tengah jalan berhampiran kenderaan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Bahagian Trafik turut membuka siasatan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes ASP Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100 dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, Selangor. -KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم