“Malu Lah Datuk Chef Wan Pada Chef Yang Lain..” – Didakwa Tak Bayar & Kurangkan Gaji Pekerja, Individu Tampil Bidas Cef Selebriti

Tular baru-baru ini di aplikasi X tentang seorang individu yang mendakwa cef celebriti, Datuk Chef Wan tidak membayar dan mengurangkan gaji pekerjanya.

“Malu Lah Datuk Chef Wan Pada Chef Yang Lain..” – Didakwa Tak Bayar & Kurangkan Gaji Pekerja, Individu Tampil Bidas Cef Selebriti



Bawah kadar gaji minimum


ARTIKEL MENARIK:Mat Sentol terima Anugerah Kehormat Permata Dunia oleh MMU


Menurut individu tersebut dalam kenyataan yang dimuat naik itu, dia mendakwa gaji kakitangan yang bekerja ini dikurangkan hingga bawah kadar gaji minimum yang ditetapkan iaitu RM1.5K.



Bayangkan perasaan mereka ini semua bila diberitahu gaji akan dikurangkan serta merta. Adakah Datuk Chef Wan ini sedar buat keputusan?

 

Staff yang bukan dalam kategori management semuanya disamakan tangga gaji menjadi RM1.5K sebulan. Manakala cef-cef kategori management, head, manager pula gaji dipotong sebanyak RM1K ke RM3k.

Nak duit bukan cuti!

Bukan itu sahaja, individu ini turut mendakwa bahawa mereka yang bekerja lebih masa tidak dibayar dan jam bekerja itu hanya boleh ditukar kepada cuti.

Kami ni bekerja nak duit, bukannya nak cuti.

 

Kerja di restoran memang akan ada OT (overtime). Nak prepare barang dapur, kemas meja, kerusi, pinggan, mangkuk semua. Alamak, malu lah Datuk Chef Wan pada cef yang lain.

Tambahnya, bila diajukan soalan kepada pengurusan sumber manusia, alasan yang diberi adalah kerana syarikat mereka itu tidak meraih untung.

Cef wan kanser limfoma

5 months ago

"Inilah Kehidupan.." - Chef Wan Umum Hidap Kanser Limfoma, Akan Mula Kemoterapi


Kredit -beautifulnara

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم