Meski sedang diuji dengan tuntutan cerai daripada isterinya, Alif Teega menunjukkan dirinya tenang dan sempat memuat naik kata-kata positif di media sosial.
Kata suami Aisyah Hijanah itu, perasaan kecewa dirasai oleh manusia itu adalah satu fitrah namun jika ia hadir dengan rasa ikhlas pasti kehidupan orang itu akan lebih tenang.
ARTIKEL MENARIK:Peniaga Kantoi Kenakan Caj Tambahan 1% Untuk Pelanggan Yang Bayar Guna Kod QR – “Bagi Alasan Harga Diesel Naik”
Kita perlu terima setiap rasa yang kita perlu lalui dalam hidup kita. Kita tak boleh mengharapkan semata-mata bahagia. Kita juga tidak boleh menolak kecewa atau luluh dalam hati kita kerana itulah fitrahnya. Tapi seandainya kita mengikhlaskan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, pasti kita akan tenang.
Ramai warganet yang meminta Alif muhasabah diri namun rata-ratanya lebih kepada mempersendakan perkongsiannya. Mereka berkata dia perlu memperbaiki diri sendiri sebelum menasihati orang lain.
Malah sesetengah individu turut berkata mereka sudah boring dengan perkongsian Alif di media sosial.
Kredit -
Post a Comment