Terkedu perubahan Neelofa sekarang menarik perhatian orang ramai sehingga tular video Neelofa bersama ibunya yang memeluk erat disebabkan sesuatu ini.

Ibu kepada hos dan ahli perniagaan berjaya, Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed ada memuat naik sepotong video pendek yang nyata meraih perhatian wargamaya, hari ini. Video yang berdurasi kurang 20 saat itu merakamkan dirinya yang mendakap dan mengucup Neelofa yang dilihat tampil mengenakan niqab dan tudung serba putih.

Terkedu perubahan Neelofa sekarang menarik perhatian orang ramai sehingga tular video Neelofa bersama ibunya yang memeluk erat disebabkan sesuatu ini.

 




ARTIKEL MENARIK:Berani pertikaikan PKPB umum di saat akhir. Diana Danielle terus dikritik teruk oleh warganet dan ini penjelasan dari Diana Danielle sendiri suslan isu itu mula menjadi perbualan ramai
loading...


“MashaAllah, mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dgn kurnianmu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang bnyk mengajarku, yang menjadi inspirasiku. “Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yg kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yg terbaik untuk ku , seluruh keluarga ku dan seluruh umat manusia.. amiiin.


“Love you bidadariku @neelofa #anakluarbiasa,” tulisnya. Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya turut menyambut baik terhadap kapsyen yang dinukilkan Kartini selain mendoakan yang terbaik buat Neelofa sekeluarga. Moment sama turut dikongsikan Neelofa menerusi Insta Stories di Instagram. Video tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 50,000 kali.

Foto: Instagram Datin Noor Kartini, Neelofa

Sumber: MediaHiburan

Dah mula pakai stokin tangan dan kaki. Penampilan terkini Neelofa jadi buah mulut orang ramai. Akhirnya Neelofa tampil bersuara luahkan susuatu buat warganet terkedu.

Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menegaskan bahawa penampilannya terkini mengenakan stokin kaki dan tangan adalah pilihan sendiri, bukan atas paksaan sesiapa. “Mengenai aurat kaki… ada sesetengah pendapat orang berbeza-beza. Kalau saya memilih untuk mengenakan stokin, itu adalah pemahaman saya dan buat pilihan apa yang nak saya lakukan. “Kenapa saya pilih untuk buat sedemikian? Saya seorang yang kalau lakukan sesuatu, ia bukan atas paksaan atau pun mahu ikut orang.

“Bila saya sudah faham mengenai sesuatu, saya akan lakukan,” katanya kepada Harian Metro. Bersyukur penampilannya menerima respons positif daripada orang ramai, Neelofa berharap agar dirinya terus istiqamah. “Macam dulu, kelalaian lalu berlaku atas keburukan diri saya sebelum ini. Jadi bila saya pilih nak pakai stokin kaki, tangan dan sebagainya, saya harap Allah tetapkan iman agar terus istiqamah.

“Malah, saya dapat tahu ramai gadis di luar sana yang mesej saya kerana turut terinspirasi untuk mengenakan stokin dan sebagainya, Alhamdulillah,” ujarnya. Bagaimanapun, Neelofa tidak kisah jika ada pihak berpendapat sebaliknya. Semoga Neelofa terus istiqamah, ya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: cari

Ramai yang sukar menerima pelaksanaan PKPB yang diumumkan secara tiba tiba. Kini Neelofa tampil beri kata kata semangat buat negeri negeri yang dikenakan PKPB baru baru ini.

Pengacara dan usahawan, Neelofa ada memberikan kata-kata semangat buat seluruh warga Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah yang bakal menempuh sebuah lagi fasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Neelofa, meskipun keputusan ini sukar untuk diterima oleh segelintir pihak, tetapi ia merupakan langkah yang terbaik baik bagi mengendurkan penularan wabak COVID-19 yang sedang meningkat ketika ini. “Saya tahu ketika ini semua orang mempunyai perasaan yang bercampur baur tetapi ini merupakan salah satu cara terbaik bagi menangani penularan wabak COVID-19.

“Saya percaya yang kita semua hampu menghadapinya bersama. Ikutilah S.O.P dan hanya keluar rumah jika ada urusan penting sahaja. Paling penting sekali, kita jaga kita,” tulisnya. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Next To Neelofa itu menerusi akaun Twitter.

Dalam pada itu, Neelofa turut berharap agar tempoh PKPB pada kali tidak memberi kesan yang mendalam buat seluaruh rakyat terutamanya para usahawan tempatan. Malah, bintang tersebut turut menyeru kepada orang ramai agar terus menyokong jenama tempatan. “Mendoakan dan berharap, agar PKPB kali ini tidak terlalu memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil secara khususnya dan rakyat secara amnya

“Jom kita support sesama kita. Berbelanja dengan peniaga kecil, bantu promosi. Utamakan produk tempatan!,” katanya lagi. Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelasanaan PKPB di seluruh Sabah berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini hingga 26 Oktober ini. Manakala bagi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pula, tempoh PKPB akan dilaksanakan bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

Sumber: Twitter Neelofa, Media Hiburan




loading...


Bila Ada Masalah Sampai Ada Yang Keluar Dari Group. Mengejutkan Neelofa Bongkarkan Sesuatu Bila Urus Bisnes Bersama Keluarga. Rupa Rupanya Dalam Diam Ini Yang Terjadi.

Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menyatakan dia dan adik beradiknya saling mempercayai dalam menguruskan perniagaan keluarga, Naelofar yang dibina sejak tahun 2014. Walaubagaimanapun, menurut Neelofa, 31, dia mengakui perselisihan faham sesama mereka sering terjadi terutamanya pada awal permulaan sehinggakan ada yang leave group.

“Isu kepercayaan bukan masalah utama kerana kami percaya antara satu sama lain cumanya cabaran perlu bermain dengan emosi. “Berselisih pendapat setiap kali nak buat sesuatu, itu biasa! Tiga tahun pertama tu, leave group itu selalu.

“Dekat pejabat kita bekerja, di rumah masih bercerita mengenai bisnes. Tapi Alhamdulillah apa kita lalui semakin mematangkan kita untuk menjadi lebih profesional walaupun kita bekerja sesama adik beradik,” katanya kepada Gempak.

Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran butik terbaharu Naelofar di One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini. Tambah Neelofa, dia juga tidak terlepas menghadapi cabaran menguruskan pekerja yang bersikap tidak jujur dan amanah dalam bekerja.

Namun begitu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu bersyukur kerana setiap perjalanan yang dilaluinya itu membuahkan hasil. “Saya masih ingat lagi, kami bermula pada tahun 2014 dengan hanya tiga orang pekerja. Tahun pertama itu memang banyak dugaan antaranya pekerja tak amanah, ambil kesempatan, mencri, dikhanati dan sebagainya.

“Kalau nak ikutkan terlalu banyak, semua cabaran kita dah lalui dan hadapi tapi saya bersyukur sebab daripada situlah kita belajar banyak benda. “Saya percaya setiap keburukan pasti ada kebaikan. Saya sentiasa berdoa supaya dapat team yang terbaik. “Alhamdulillah.. Allah makbulkan doa saya dan hari ini saya memiliki team terbaik yang membantu menjalankan jenama ini,” katanya lagi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : GEMPAK

Noor Nabila Serba Salah Ramai Salah Anggap Lepas Video Neelofa Dan Pu Riz Jadi Tular Sebab Dia. Akhirnya Noor Nabila Tampil Dedahkan Sebab Pu Riz Ada Masa Majlis Nikah Tu.

TINDAKAN Noor Nabila memuat naik video di Instastory memperlihatkan adiknya pelakon Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz sedang berbual disertai emoji hati mencetus spekulasi dalam kalangan warganet. Mengakui perkongsiannya itu tidak disengajakan, Nabila, 36, berkata, dia berasa serba salah apabila pengacara popular itu terpaksa berdepan pelbagai persoalan daripada peminat.

“Emoji cinta yang saya kongsikan di Instastory hanyalah sekadar berkongsi rasa teruja pada majlis perkahwinan adik saya. Tak sangka viral dan saya rasa serba salah pula… nak padam pun benda dah tular. “Sejujurnya emoji itu tidak bermaksud apa-apa pun, tapi orang luar sudah menyalah tafsir perkara itu. Pada majlis pernikahan itu, PU Riz hanya diundang untuk membaca doa.

“Semua tetamu mengenakan baju berwarna biru… keluarga, kawan, semua kecuali dulang boys!, ” katanya kepada mStar.Sementara itu, bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad ini berkata dia menerima sesiapa sahaja lelaki yang bakal menjadi pilihan adiknya.

Dia turut mengakui selesa sepanjang mengenali PU Riz dan mengagumi ilmu agama yang dimiliki aktor filem Ada Apa Dengan Dosa itu. “Tak kisahlah sama ada PU Riz atau sesiapa sahaja. Apa yang penting, saya nak lihat Neelofa gembira dulu. Selain bahagia yang diperlukan, lelaki itu perlu bersama susah senang dengannya. Ilmu agama itu penting, dapat mendidik.

“Kami memang seronok belajar agama dengannya. Dia seorang ustaz (panggilan kepada PU Riz) yang kami boleh bergurau dan bertanya apa saja soalan. “Kami senang dengan PU Riz dan secara tidak langsung saya yang kurang ilmu ini dapat belajar sesuatu daripadanya. Keluarga kami mula rapat dengan PU Riz sejak dia menjadi imam terawih Ramadan lalu, ” ujarnya.

Pada 20 September lalu, kehadiran pendakwah selebriti PU Riz di majlis pernikahan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief menarik perhatian warganet. Menerusi perkongsian foto dan video yang dimuat naik adik-beradik pengacara ini, Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, kelihatan memakai baju berwarna biru muda sedondon dengan pihak keluarga pengantin lelaki. Malah, Noor Nabila turut berkongsi video di Instastory miliknya meletakkan emoji berbentuk hati ketika pasangan ini sedang berbual.

 

 

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم