“Soon Nak Kahwin Ke?” Caption Simple Kamal Adli Jadi Tanda Tanya, Majlis Dah Dekat Ke Tu?
loading...

Kata orang setiap gambar pasti ada maksudnya, tapi adakah benar juga setiap caption turut ada maksud yang tersendiri?

“Soon Nak Kahwin Ke?” Caption Simple Kamal Adli Jadi Tanda Tanya, Majlis Dah Dekat Ke Tu?

 


Pelakon Kamal Adli nampaknya seperti memberi bayangan kepada para pengikutnya tetapi bayangan apakah yang dimaksudkan itu masih lagi menjadi tanda tanya.

ARTIKEL MENARIK:Tular berita majlis meraikan Neelofa dan PU Riz akan berlangsung di St Regist Kuala Lumpur. Tak sangka ini reaksi warganet
loading...


Kamal ada memuat naik foto baharu di laman Instagram miliknya berserta caption yang sangat simple tapi penuh makna dan tanda tanya.

Tanda tanya pertama ialah sama ada Kamal ‘soon’ bakal menamatkan zaman bujang atau ‘soon’ akan muncul dengan drama baharu?

Maklum lah sekarang ini kan musim ramai selebriti mendirikan rumah tangga, mana tahu Kamal dan Uqasha pun akan ikut jejak juga ke?

Rata-rata peminatnya masing-masing mempunyai andaian sendiri iaitu Kamal bakal muncul dengan drama baharu serta majlisnya bersama dengan Uqasha semakin menghampiri.

 

loading...



 

 



Untuk makluman, pasangan ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri ini dan difahamkan juga semua persiapan sedang dilakukan oleh kedua-dua pihak.

Kita tunggu sahaja berita baik daripada Kamal dan Uqasha ya, tak sabar ni nak tengok mereka naik pelamin kahwin betul-betul!

Sumber foto: Instagram Kamal Adli via hotfm



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم