Pengawal keselamatan maut kereta langgar treler
loading...

TAPAH: Seorang lelaki maut setelah kereta dipandunya melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 314, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Pengawal keselamatan maut kereta langgar treler



Dalam kejadian pada pukul 12.50 tengah hari itu, M. L. S. Joginder Singh, 53, yang memandu kereta jenis Toyota Hilux maut di tempat kejadian.

ARTIKEL MENARIK:PKPD: Tiga individu dibenarkan dalam satu kereta untuk urusan perubatan, vaksin
loading...


Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke utara.

Katanya, nahas dipercayai berlaku setelah kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu melanggar belakang treler dipandu lelaki berusia 47 tahun.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa cedera dan disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak cedera.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE



loading...


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929


Kredit - Kosmo Digital

-----------------------------------------------------------------
 
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم