Menerusi posting di Instagram, pelakon dan pengarah popular, Datuk Rosyam Nor berkongsi khabar gembira anak perempuan nya, Nur Anis telah selamat melahirkan bayi sulung lelaki di Andorra Hospital semalam (Isnin).
Penantian 32 Tahun
ARTIKEL MENARIK:Tular Foto Baby Shima Bermesra Dan Pegang Gelas Minuman Di Kelab Malam Dan Cetus Tanda Tanya Ramai. Sekali Baby Shima Minta Warganet Jangan Sibuk.
Menitipkan rasa syukur, menurut Rosyam dia menyifatkan kelahiran cucunya sebagai sebuah penantian yang cukup lama kerana sebelum ini dikurniakan lima orang anak perempuan.
“32 TAHUN!
Alhamdulillah. Lama sangat tunggu. Proses Panjang Selama 32 Tahun Tunggu Sang Hero. Alhamdulillah semalam anak aku @_aniskiss selamat melahirkan. Alhamdulillah. CUCU LELAKI! yeyy.
Apa nama nak letak ni?”- tulis Rosyam
Dibanjiri Ucapan Tahniah Rakan Artis & Peminat
Ruangan komen telah dibanjiri dengan ucapan tahniah dari ramai rakan-rakan selebriti dan peminat yang turut menitipkan rasa syukur di atas kelahiran cucu lelaki sulung pelakon filem KL Gangster 2 itu.
Sekadar info, Nur Anis yang merupakan anak kedua Rosyam telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hariz Zainal sekitar September 2019.
Sumber: Murai.my
Dato Rosyam Nor Dan Ashraf Muslim Terkedut Tiba Tiba PU Riz Hilang. Rupanya Neelofa Terus Tutup Wifi Lepas Dapat Soalan Ini.
Menerusi satu potongan video di laman rasmi Instagram (IG) TV9 Malaysia, perbincangan yang dilakukan di dalam IG Live Sembang Viral bersama Dato’ Rosyam Nor dan juga tetamu jemputan pelakon Ashraf Muslim dan juga PU Riz tentang adab ibu bapa depan anak.
Dalam potongan video tersebut, Rosyam Nor bertanyakan kepada PU Riz perkara yang menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat tentang kesahihan berita bahawa isterinya sedang berbadan dua.
Video:
https://www.instagram.com/p/CV7G8OlPtnd/?utm_source=ig_web_copy_link
Rosyam Nor bertanyakan soalan panas berbunyi “Adakah PU Riz ada melakukan atau berbisik di perut isteri bersama anak sekarang?”
Namun, menjawab kepada soalan itu, PU Riz sekadar berkata dia tidak gemar menyatakan apa amalan-amalan yang dilakukannya dan ingin menjadikannya rahsia antara dirinya sahaja.
Sempat memberikan petua amalan doa yang boleh diikuti oleh orang ramai supaya anak yang bakal dilahirkan menjadi orang yang soleh dan solehah.
Namun begitu, apa yang mencuit hati adalah apabila Neelofa sempat memberikan komen gurauan “I dah block live ustad” ketika suaminya diajukan soalan perangkap itu apabila dengan tiba-tiba PU Riz keluar daripada perbincangan yang sedang dilakukan akibat gangguan Internet.
Beberapa minggu lalu tular mengenai desas-desus kehamilan pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa masih menjadi teka-teki apabila dia kekal tidak memberi jawapan berhubung perkara itu.
Meskipun acap kali ditembak soalan sama, isteri kepada pendakwah, Haris Ismail ini tetap dengan keputusannya untuk tidak mengesah atau menidakkan soal kehamilan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumebr: Sumber: Instagram TV9 Malaysia. via apampink
Kredit -
إرسال تعليق