Opah Ha ikut serta aktiviti sukaneka yang diadakan pada hari keluarga mereka. Apa ada pada usia, yang penting jiwanya kekal muda. Video seorang opah berusia 83 tahun menewaskan anak, cucu dan cicitnya dalam pertandingan “baling nasib”, ternyata menghiburkan hati warga maya.
Malah, Hawa Abd Majid, atau lebih dikenali sebagai Opah Ha berjaya membolot hadiah utama pertandingan dengan hanya sekali balingan.
ARTIKEL MENARIK:Hampir 4 Millon view. Akhirnya pemilik suara sebenar trend video tiktok ini buat pengakuan sebenar.
“Opah ni juara petanque dulu,” komen seorang warga maya. Cucu wanita terbabit Wan Norzafirah Jamaludin, 24 berkata, aktiviti dan pertandingan tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan yang terpaksa berjauhan sebelum ini akibat pendemik Covid-19. Mesra dipanggil Fira, peniaga dalam talian ini berkata, majlis hari keluarga ini sering diadakan di rumah opah di Kampung Bekut, Sungai Siput, Perak, namun mereka memilih untuk meraikannya di Chalet Impian Teluk Batik.
“Event ni sambutan hari keluarga adik beradik belah mak, sejak Covid ni susah nak berjumpa jadi bila dapat berkumpul itulah masa nak eratkan lagi hubungan kekeluargaan. Jadi kami buat beberapa aktiviti, macam game yang opah menang hamper tu kami namakan sebagai “baling nasib” sebab bila baling tin tu kira nasib la dapat apa,” katanya.
Balingan Opah Ha tepat mengenai hadiah utama iaitu sebuah hamper.
Menurut Fira, selain baling nasib, opahnya yang sporting turut menyertai pelbagai aktiviti lain seperti “balingan kasih sayang” (belon isi air), acara kepit belon, mandi tepung dan pertandingan tiub belon. “Opah cuba nak tiub belon tapi belon tak kembung-kembung, dia cakap “gigi takda” kesudahannya cucu dia dapat belon tu,” katanya yang menetap di Kampung Dato Sagor Sungai Siput, Perak.
Opah Ha turut sertai acara kepit belon.
Jelasnya, sambutan hari keluarga kali ini disertai sekitar 40 ahli keluarganya. “Kami gerak dari kampung secara konvoi, sampai je makan tengahari dulu sebelum check in. Makanan pula kami buat pot-luck, satu keluarga masak satu menu, jadi kami ada sembilan keluarga semua anak-anak opah, jadi ada sembilan menu,” katanya, menambah opah mempunyai 28 orang cucu, enam menantu dan sembilan cicit.
Opah Ha ada sembilan anak 28 cucu dan sembilan cicit.
Selain acara sukaneka, mereka turut meluangkan masa mandi laut serta BBQ. “Malam kami ada buat BBQ, main rebut kerusi kategori lelaki dan perempuan, penyampaian hadiah adik beradik, cabutan bertuah dan kami juga ada bagi cenderahati pada opah,” katanya, menambah mereka menempah lapan chalet untuk percutian selama dua hari satu malam itu. Sumber : Mstar via apampink
Kredit -
إرسال تعليق