Penyanyi dan usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida memohon maaf secara terbuka kepada kedua penyanyi lagenda tanah air, Anuar Zain dan Ziana Zain berhubung dakwaan mengatakan penyanyi lelaki itu suka sesama sejenis.
Permohon maaf itu dilakukan penyanyi lagu I Am Me itu di Instagram miliknya selepas menerima pelbagai reaksi warganet dan para artis. Menurut Vida, dia sama sekali tidak bermaksud untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana didakwa hanyalah gurauan pada ketika itu.
ARTIKEL MENARIK:Pelawak Pian Cecupak sah pergi buat selamanya. Sekali ibu Pian tampil dedahkan apa sebenarnya yang berlaku.
“Assalamualaikum semua, saya Datuk Seri Vida memohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan dan mungkin perkataan saya yang mengguris hati banyak pihak. Peminat dan keluarga Anuar Zain, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tidak bermaksud dan berniat, mungkin terlepas cakap malah gurauan tanpa sengaja. Saya tidak boleh mengingati semula apa yang saya cakap kerana perkara itu sudah lama sebenarnya. Baru sekarang ini muncul, jadi apa pun saya minta maaf. Tidak berniat langsung dan saya meminati sangat Anuar Zain,” katanya di Instagram.
Permintaan DSV kepada Anuar Zain
Mengulas lanjut, usahawan sensasi itu juga memohon maaf kepada orang ramai dan pihak keluarga penyanyi lagu Sedetik Lebih itu andai turut sama terasa atas kekhilafannya. Di samping itu, dia berhasrat untuk berjumpa dengan Anuar secara peribadi.
“Tetapi, apabila sudah keadaan sudah menjadi kekeruhan dan kekalutan seperti ini. Apa lagi yang saya boleh cakap melainkan saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, Anuar Zain serta keluarga Zain. Maafkan saya, Datuk Seri Vida. Saya harap sangat dapat berjumpa secara peribadi dengan Anuar Zain. Hajat besar dan projek besar ada, Insya-Allah,” ujarnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, Vida bagaimanapun tampil menutup ruangan tersebut bagi mengelakkan hal tertentu berlaku. Sebelum ini, Ziana membidas kenyataan Vida selepas ahli perniagaan kontroversi itu mendakwa adiknya, Anuar sebagai seorang lelaki yang menjalinkan hubungan sesama jenis. Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi satu video yang memaparkan selebriti sensasi tampil membuat dakwaan tersebut menerusi sesi soal jawab bersama peminat di media sosial. Sumber : Utusan Online / IG Dato Seri Vida
Berang Dengan Dkwaan DSV. Sekali Ini Reaksi DSV Lepas Ramai Minta Dia Minta Maaf Pada Anuar Zain.
Baru-baru ini, i.su mengenai soal jodoh Dato Seri Vida ini menjadi perhatian apabila dia beritahu ciri ciri lelaki idaman dengan Shuib Sepahtu. Sudah semestinya ia mengundang pelbagai reaksi warganet, namun, kali ini warganet agak m.arah dengannya dengan jawapan yang dia berikan apabila ditanya jodoh dengan Anuar Zain. Video usahawan k.osmetik, Dato’ Seri Vida dengan selamba mengatakan yang penyanyi terkenal, Anuar Zain mengamalkan hubungan sejenis sememangnya telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.
Reaksi DSV Bila Ramai Suruh Dia Minta Maaf
Kredit : RK/IG
DSV Tampil Dkwa Anuar Zain Suka Kaum Sejenis Bila Peminat Suruh Mengorat. Sekali Ziana Zain Tampil Beri Komen.
Penyanyi terkenal Ziana Zain menempelak usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida selepas ahli perniagaan itu mendakwa adiknya, Anuar Zain mengamalkan hubungan sejenis. Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi sedutan video Vida membuat kenyataan tersebut untuk tatapan umum. Menerusi video berdurasi kurang 15 saat itu, Vida menjawab pertanyaan seseorang yang memohon dia untuk memikat pelantun lagu Lelaki Ini itu untuk dijadikan suami.
Vida dengan nada berbisik, berkata, “G*y.. g*y.. faham tak?” @yus_dexter Tak patut keluar pun perktaan tu!! Perbuatan tersebut menarik perhatian Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 54, yang kemudiannya tinggalkan komen pada video berkenaan.“Sangat biadapppppppp,” tulis Ziana yang menggunakan akaun TikTok rasmi miliknya.
Bukan sahaja Ziana, dakwaan tersebut mengundang rasa berang wargamaya yang rata-ratanya mempertahankan penyanyi lelaki tersohor itu.Tidak kurang juga ramai yang meminta Anuar untuk tampil mengemukakan saman terhadap dakwaan tersebut. “@nurafiqahsamsud25:Anuar Zain tu ada class. Dia taknak perempuan terpekik terlolong.”“@user4285909616231:Anuar Zain boleh saman ni.”“@_WAN MAZ_:”Mencari salah dan aib orang hanya untuk kepuasan diri sendiri adalah petanda hati rosak -Tok Guru Nik Aziz.”
“@i-am-shahromyazid:Ini soal maruah, jangan buat main-main!! Kaya tidak bermakna boleh mengh1na dan memftnah orang lain sesuka hati.”“@oja:Sebab tu kawen banyak kali pun tak bertahan…. Ubah dulu apa yang patut.. duit tak mampu membeli adab melainkan kita pupuk sendiri.”“@M VP658:Mulut jaga ya, anak-anak tu masih dalam fasa meneroka identiti.. takut karma mengata orang terpalit kat keturunan sendiri.”“@Kakya:Tak baiknya cakap cmtu, Anuar Zain tu baik humble tak penah kacau hidup orang lain pun.”“@Shariza abd latif:Tu sebab jangan banyak cakap. Banyak cakap banyak salah.. Menyakitkan hati orang. Kalau betul mengumpat. Kalau tak betul fitnah. Moga dia sedar dan minta maaf.”Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga TikTok. Sumber: Gempak
Baru Je Shuib Dedah DSV Bukan Insan Yang Dia Sedang Mengenali. Sekali DSV Hampir Melenting Lepas Baca Satu Komen Ni.
Baru-baru ini, pelawak terkenal Shuib mengejutkan ramai apabila mengakui sedang dalam proses berkenalan dengan seseorang. Walau bagaimanapun, artis lelaki berkenaan bertegas belum ada apa-apa perancangan untuk ke tahap seterusnya. Apa yang lebih penting buat masa ini baginya sudah tentu anak-anak.
Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat
Selain Siti Nordiana, nama Dato’ Seri Vida juga tak terkecuali digosipkan lantaran usahawan itu dilihat kerap meluangkan masa bersama anak-anak Shuib. Dalam satu temubual bersama Harian Metro, jutawan itu mengakui selebriti berkenaan memenuhi ciri-ciri lelaki idaman yang dicari.
Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang
Walau bagaimanapun, Shuib pula dalam satu interview lain mendedahkan Dato’ Seri Vida bukanlah individu yang sedang dikenalinya buat masa ini. Dalam pada itu, bapa kepada 4 orang anak tersebut mengatakan mereka berdua berkawan baik sejak Allahyarhamah Siti Sarah masih ada selain turut sama-sama menguruskan satu urusan bisnes.
Ni ko yang keno reject dengan Shuib?
Terbaru semalam, Dato’ Seri Vida dilihat telah melakukan satu Instagram Live bersama pembantu peribadi dan juga rakan usahawannya. Namun tiba-tiba sahaja muncul satu komen dari netizen seolah-olah memerli kononnya usahawan itu sudah kena reject dengan Shuib. Dek kerana merasa geram, wanita itu kembali menegur tindakan individu tersebut dengan caranya tersendiri. Sumber: Videoviral.com
Ramai Yang Cakap Ds Vida Dan Shuib Tak Sepadan. Tak Boleh Berdiam Sekali Ni Pula Respon Dari Ds Vida Buat Ramai Yang Tak Sangka.
Kuala Lumpur – Sebelum ini jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan popular Shuib. Vida berkata, Shuib memenuhi ciri-ciri lelaki idaman yang dicari selama ini. “Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang. Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.
Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum Siti Sarah pergi menghadap illahi kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi. “Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Seronok setiap kali berpeluang bersembang dengan mereka,”katanya.
Menurut Vida, biarpun ada segelintir orang menganggap dirinya serasi dengan pelawak itu namun setiap perhubungan perlu melalui proses perkenalan dan restu. “Orang luar boleh berkata apa saja, tapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan.
Shuib Beritahu Tak Sesuai
Susulan kenyataan panas usahawan k.osmetik Dato’ Sri Vida yang mengatakan dia terima seandainya ditakdirkan bercinta dengan Shuib, pelawak berkenaan tampil memberikan penjelasan. Shuib mendedahkan dia dan Vida hanyalah sekadar berkawan atas urusan perniagaan berasaskan makanan dan tidak lebih daripada itu. Malah, Vida bukanlah individu yang sedang dikenalinya buat masa ini.
“Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain, tetapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan. “Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi.
“Jadi, tidak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya. Sementara saya mencari seseorang yangg sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin,” katanya.
Tambahnya lagi, dia enggan berbicara sangat mengenai jodoh dan hanya berserah kepadaNya. Bagi Shuib, tidak kira siapa yang menjadi bakal isterinya kelak, yang penting wanita itu perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anaknya. Kredit : HM/FB via
إرسال تعليق