Yassin datang masa uruskan Pian Cecupak. Sekali Adik Pian dedah apa yang jadi bila ibunya jumpa Pian dah terbaring di bilik air.

Langit cerah men giringi majlis urusan pelawak dan pengacara Mohd Rafik Abdul Rahman atau Pian Cecupak di Tanah Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur pada pagi Khamis. Pian yang pergi menghadap illahi pada usia 52 tahun dipercayai akibat jantung selamat diuruskan kira-kira pukul 11.10 pagi.

Yassin datang masa uruskan Pian Cecupak. Sekali Adik Pian dedah apa yang jadi bila ibunya jumpa Pian dah terbaring di bilik air.



Terdahulu Pian dimandi dan disolatkan di Surau At-Tawqwa, Taman Dato Senu, Sentul. Pian menghembuskan nafas terakhir di kediaman ibunya di Taman Dato Senu, Sentul kira-kira pukul 8 malam, Rabu. Pian tinggalkan dua orang anak perempuan iaitu Nuraina Fazrin, 25, dan Nurleena Fazrin yang berusia 22 tahun.

ARTIKEL MENARIK:Pelawak Pian Cecupak sah pergi buat selamanya. Sekali ibu Pian tampil dedahkan apa sebenarnya yang berlaku.


Pian sebelum ini berkahwin dengan Rashidah Muhammed Hussin namun berpisah pada tahun 2000. Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan terdekat serta pelawak Yassin Yahya hadir mengiringi perjalanan terakhir Pian.

PELAWAK PIAN CECUPAK PERGI MENGHADAP ILLAHI. ADIK PIAN CERITAKAN APA YG BERLAKU

Menurut adik kepada Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman iaitu Hasenah, Pian ditemukan terbaring dalam bilik air oleh ibunya. Menurut Hasenah, Pian sememangnya mempunyai masalah jantung sejak 2018 dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja.

“Mak jumpa Pian dah terbaring dalam bilik air sekitar pukul 8 malam tadi. Bawa ke hospital dan dapat pengesahan pemergian daripada doktor pada 10.30 malam. “Kemungkinan besar dia pergi menghadap illahi akibat jantung. Sejak dia ada masalah jantung pada 2018 sehingga kini tiada sebarang rawatan melainkan ubat.

“Pian hanya makan ubat saja. Sejak kebelakangan ini, kesihatan Pian memang agak merosot. Dia selalu juga mengadu sakit dada,” kata Hasenah kepada mStar. Sebelum ini, Pian pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) seawal 3 pagi pada 17 Oktober 2018 kerana sesak nafas.

Doktor kemudiannya mengesahkan dia mengalami jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW). Susulan itu pelawak berusia 52 tahun itu perlu membuat rawatan angiogram yang kos perubatannya ialah RM5,000.

Dalam pada itu, Hasenah memberitahu Pian yang kini berada di kediaman ibu mereka akan diuruskan pada Khamis sebelum Zuhur. “Pian akan diuruskan di surau berdekatan rumah. Insya-Allah urusan akan dilakukan sebelum Zuhur esok. Tak pasti lagi kebumi di mana,” ujarnya.

Pian lahir ke dalam dunia hiburan menerusi rancangan realiti TV popular, Sinaran Pasport Kegemilangan sebelum menyertai kumpulan lawak Cecupak. Pian pernah berkahwin dan berpisah pada 2000, hasil perkahwinan itu, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Mstar

Pelawak Pian Cecupak Sah Pergi Buat Selamanya. Sekali Ibu Pian Tampil Dedahkan Apa Sebenarnya Yang Berlaku.

Pelawak terkenal Pian Cecupak pergi buat selamanya dipercayai akibat sakit jantung kira-kira pukul 8 malam, Rabu di kediamannya ibunya di Flat Sentul Murni, Kuala Lumpur. Menurut adik kepada Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman iaitu Hasenah, Allahyarham ditemukan terbaring dalam bilik air oleh ibunya. Menurut Hasenah, arwh sememangnya mempunyai masalah jantung sejak 2018 dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja.

“Mak jumpa arwh dah terbaring dalam bilik air sekitar pukul 8 malam tadi. Bawa ke hospital dan dapat pengesahan kehilangan daripada doktor pada 10.30 malam. Kemungkinan besar dia pergi akibat sakit jantung. Sejak dia ada masalah jantung pada 2018 sehingga kini tiada sebarang rawatan melainkan ubat. Arwh hanya makan ubat saja. Sejak kebelakangan ini, kesihatan arwh memang agak merosot. Dia selalu juga mengadu sakit dada,” kata Hasenah.

Sebelum ini, Pian pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) seawal 3 pagi pada 17 Oktober 2018 kerana sesak nafas. Doktor kemudiannya mengesahkan dia mengalami sakit jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW). Susulan itu pelawak berusia 52 tahun itu perlu membuat rawatan angiogram yang kos perubatannya ialah RM5,000.

Dalam pada itu, Hasenah memberitahu jasad yang kini berada di kediaman ibu mereka akan diuruskan pada Khamis sebelum Zuhur. “Jasad akan diuruskan di surau berdekatan rumah. Insya-Allah urusan akan dilakukan sebelum Zuhur esok. Tak pasti lagi diuruskan di mana,” ujarnya.

Pian lahir ke dalam dunia hiburan menerusi rancangan realiti TV popular, Sinaran Pasport Kegemilangan sebelum menyertai kumpulan lawak Cecupak. Allahyarham pernah berkahwin dan berpisah pada 2000, hasil perkahwinan itu, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin. Sumber : MSTAR ONLINE

Semuanya Seperti Biasa. Isteri Mamat Khalid Beritahu Detik Terakhir Sebelum Arwah Suaminya Mengembuskan Nafas Terakhir.

KUALA LUMPUR: Pengarah tersohor, Mamat Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan j.antung dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak, jam 12.30 tengah malam ini.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di tangga usia 58 tahun dan meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak.

Penerbit dan pengarah hebat itu pernah dikejarkan ke h.ospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.

Allahyarham cukup disegani dalam dunia perfileman negara dan karya-karyanya sering pecah panggung.

Mengesahkan berita pemergiannya, isterinya, Hasmah Hassan memaklumkan, arwah dipercayai mendapat s.erangan jantung dan tidak sedarkan diri ketika berada di Sarang Art Hub.

“Hari ini, Sarang Art Hub ada persembahan dari kumpulan Pasukan Gerak Am (PGA) Batalion 3 Orang Asli. Arwah suka melayan tetamu, jadi ikut serta membuat persembahan dengan bermain keyboard.

“Secara tiba-tiba, arwah tidak sedarkan diri dan tergigit lidah hingga berd.arah ketika sedang buat persembahan. Saya percaya arwah kepenatan dan tidak cukup tidur disebabkan baru balik membuat tinjauan lokasi penggambaran di Lumut.


loading...


“Bagaimanapun, arwah disahkan mengembuskan nafas terakhir dalam ambulans ketika perjalanan ke Hospital Slim River,” katanya ketika dihubung.

Hasmah berkata, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan berada dalam keadaan sihat.

“Saya tak sangka arwah akan pergi kerana keadaannya baik-baik sahaja. Semuanya seperti biasa. Arwah pergi dengan mudah. Abang Mamat sudah tiada,” luahnya dalam nada sebak.

Allahyarham Mamat membuat persembahan bersama kumpulan Pasukan Gerak Am (PGA) Batalion 3 Orang Asli sebelum tidak sedarkan diri.

Hasmah berkata, j.enazah arwah akan disemadikan di Ipoh, pagi ini.

“Selepas semua urusan selesai, j.enazah akan di bawa ke Ipoh untuk dikebumikan. Abangnya, Datuk Lat mohon supaya pengebumian arwah dipercepatkan,” katanya.

Allahyarham Mamat meninggalkan seorang balu dan lima orang cahaya mata.

Beliau memulakan kerjaya awal di pejabat kerajaan, sebelum menceburi bidang perfileman dengan mengarahkan filem komedi pertama berjudul Lang Buana.

Antara filem sentuhannya termasuklah Rock, Rock Oo!, Rock Bro!, Man Laksa, Kala Malam Bulan Mengambang, Apokalips X dan H.antu Kak Limah Balik Rumah yang turut meraih kutipan pecah panggung.

Sepanjang hayat, arwah pernah memenangi trofi Pengarah Terbaik, Festival Filem Malaysia sebanyak tiga kali menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang, Estet dan H.antu Kak Limah Balik Rumah. Selain aktif dalam bidang perfileman, arwah juga pengasas dan pemilik kafe, Sarang Art Hub yang beroperasi di Tanjung Malim. Kredit : BH via kisahbena

Tular Mamat Khalid menghembuskan nafas yang terakhir. Sekali ini komen Menteri Perpaduan Negara.

Pengarah filem tersohor, Mamat Khalid adalah seorang wira yang turut memperjuangkan agenda perpaduan. Melalui karya filem yang menjadi tontonan pelbagai kaum dan peringkat usia, pengarah filem tersohor itu telah tinggalkan legasi indah dengan menghantar pelbagai mesej perpaduan kaum dalam karya-karya besarnya.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique menganggap pengarah tersebut sebagai insan seni yang hebat apabila turut membantu memberikan sumbangan tidak ternilai kepada negara melalui karya seninya.

“Beliau adalah seorang pengkarya, ahli seni yang patut dicontohi semua. Karya seni adalah medium yang dapat dijadikan sebagai platform penyatuan bangsa dan kaum di negara ini. Sebagaimana Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang tinggalkan legasi seni sehingga berdekad-dekad lamanya kepada seluruh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, saya melihat Mamat Khalid juga begitu. Ada nilai kemasyarakatan, nilai perpaduan kaum, nilai kebersamaan melalui karya-karya Mamat,” kata Halimah.

Menurut Halimah, keindahan sebuah karya seorang pengarah filem adalah apabila menjadi tontonan masyarakat pelbagai kaum, selain turut menghantar mesej-mesej positif yang diterima sehingga melangkaui zamannya.

“Mamat Khalid bukan sahaja menghasilkan karya seni yang bersifat humor, tetapi juga mengajak seluruh masyarakat supaya saling hormat menghorm4ti, berkasih sayang, tolong menolong dan bertoleransi sesama masyarakat. Di situ ‘mahalnya’ sebuah karya seni apabila turut bercerita dengan nilai yang positif, sehingga dikenang dalam sejarah,” katanya.

Halimah turut merakamkan ucapan tkziah kepada keluarga pengarah filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah itu atas kembalinya ke rahmatullah.

“Saya berharap seluruh keluarga Allahyarham diberikan ketabahan atas kehilangan ini. Marilah kita seluruh umat Islam menghadiahkan al-Fatihah kepada Allahyarham. Perginya Mamat Khalid juga adalah kehilangan besar kepada negara dan saya percaya karya-karya beliau akan terus hidup dan segar di mata masyarakat Malaysia,” kata Halimah lagi.

Mamat Khalid, 58, pergi buat selamanya lewat malam tadi, di Hospital Slim River, Perak ekoran ser4ngan jantung. Mamat yang juga adik kepada kartunis tersohor negara, Datuk Lat meningg4lkan seorang balu, Hasmah Hassan dan lima anak. Sumber – K! ONLINE

Laju je team Mamat Khalid buat kerja. Baru je Azman Naim jumpa TMJ terus sambar untuk beri job ini.

Terkenal dengan nyanyian lagu parodi viral berjudul My Sejahtera Way, individu bernama Azman Naim kini semakin laris bagai pisang goreng panas. Ujar Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim, 36, dia menerima banyak tawaran lakonan dan nyanyian lebih-lebih lagi sejak bakatnya turut menarik perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


Namun kata pemuda kelahiran Kulai, Johor ini dia terbuka hati untuk menerima lamaran pengarah terkenal, Mamat Khalid. “Memang dapat banyak tawaran, ada yang saya terima dan ada yang saya tolak ment4h-ment4h. Ada satu yang saya terima tu dah buat penggambaran pun di bawah Mamat Khalid… itu baru satu. Beberapa tawaran lakonan lain masih pending,” katanya.

Bagaimanapun kata Azman dia masih belum membuat keputusan tentang tawaran untuk menjadi penyanyi. “Tawaran untuk menyanyi saya tak buat kata pvtus lagi. Bukan semua kena dengan jiwa dan imej saya… jadi memang ada yang terp4ksa ditolak,” katanya.


Kredit -Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم