“Bagaimana Ibunya Kasihkan Dia, Kini Giliran Kita,” – Amyza Aznan Kagumi Keperibadian Edika Yusof

Pelakon, Amyza Aznan mendedahkan dirinya amat mengagumi keperibadian yang dimiliki aktor, Edika Yusof yang sentiasa setia menjaga isterinya yang mengalami lumpuh sejak bertahun lamanya.

“Bagaimana Ibunya Kasihkan Dia, Kini Giliran Kita,” – Amyza Aznan Kagumi Keperibadian Edika Yusof



Menurut Amyza, dia mahu mencontohi sikap yang ditunjukkan oleh Edika memandangkan suaminya juga ketika ini sedang mengalami masalah kesihatan yang agak kronik.

ARTIKEL MENARIK:Fasha Sandha tiba2 pesan Elisya Sandha jangan berlagak ‘diva’ di set penggambaran


Bagaimanapun, Amyza menyifatkan ujian tersebut sebagai rahmat yang dikurniakan oleh tuhan buat dirinya.

“Dah lama ingin bersemuka dgn lelaki hebat ini. Akhirnya kami digandingkan. Seronok berkongsi rasa dan pengalaman.

“Condition suami saya masih sama, cuma luaran dia nampak seperti orang normal. Dalaman on his left side from head to toe still 24 hours numbness and tingeling.

“Ujian kami sama tetapi kami bahagia, bersyukur dengan ujian yang sebenarnya tersembunyi sejuta rahmat dan rezeki yang tak terduga. Semoga Allah terus pegang hati kami dan pasangan kami untuk kuat, setia, berkasih sayang hingga akhir hayat,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Amyza turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak sama sekali menganiaya pasangan sebaliknya jagalah mereka seperti mana mereka dikasihi oleh ibu bapa mereka satu ketika dahulu.

“Ujian setiap manusia berbeza, tetapi setiap ujian itu memang benar iaitu Allah sangat kasih akan hambanya @edikayusofxx .

“JANGAN ANIAYA PASANGAN KITA. Bagaimana ibunya kasih kan dia, kini giliran kita untuk mengasihi anaknya sepeeti kasih sayang seorang ibu pada anaknya,” ujarnya lagi.


loading...


Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan oleh bintang tersebut selain turut mendoakan semoga segala urusan Amyza dan Edika untuk menjaga pasangan masing-masing akan sentiasa dipermudahkan

“Semoga Allah sentiasa permudahkan segala urusan kakak dan suami. Stay strong.

“Teruskan kak. Akak punyai hati yang baik

“Semoga Allah bagi kebahagiaan dunia dan akhirat untuk kakak. Amin Ya Rabbi.

“Dua insan hebat yang terpilih,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Amyza dan suaminya, Khairil Idzhar Md Nazir telah mendirikan rumah tangga mereka pada 2004 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu, Andre Mikhail, Andrian Adam dan Ayden Andika.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Instagram Amyza Adnan via trendingsangat


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم