Kelurga ini hidup susah tapi tidak mohon bantuan zakat. Rupanya ada perkara yg dia salah faham selama ini

KUALA LUMPUR – “Kalau saya tahu, dari dulu lagi saya mohon bantuan zakat,” kata seorang tukang kayu dipanggil Rahul ketika disantuni kakitangan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Kelurga ini hidup susah tapi tidak mohon bantuan zakat. Rupanya ada perkara yg dia salah faham selama ini



Kisah Rahul tiada pendapatan tetap dan menyara isteri sakit strok serta dua anak masih bersekolah dikongsikan di Facebook Baitulmal MAIWP pada Jumaat.

ARTIKEL MENARIK:Majlis Kahwin Indah & Penampilan Pengantin Dipuji, Rupanya Menantu USTAZAH NORHAFIZAH MUSA!


Menerusi kemas kini itu, Rahul merasakan dirinya tidak layak menerima dan memohon bantuan zakat walaupun hidup dalam kesusahan.

“Rahul juga memberitahu mendapat maklumat daripada pihak luar yang mengatakan perlu membawa isteri bersama ke kaunter zakat untuk menguruskan permohonan bantuan.

“Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP menafikan informasi yang diterima Rahul itu adalah tidak tepat,” menerusi kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Menurut perkongsian itu, kesan pandemik Covid-19 turut menyukarkan lelaki itu menampung keluarga.

“Rahul hanya mampu menyewa sebuah rumah kecil yang dilihat seperti pondok berkeluasan 20 kaki panjang lebar untuk keluarganya berteduh.

“Isteri Rahul mengalami strok sejak dua tahun lalu menyebabkan masa untuk keluar mencari rezeki terganggu kerana perlu membantu isterinya menguruskan diri,” tambah kenyataan itu.

Ujar kenyataan itu, keluarga tersebut akan dibantu menerusi beberapa syor skim bantuan daripada MAIWP.


loading...



Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP bertemu Rahul bagi menghulurkan bantuan.

“KALAU SAYA TAHU, DARI DULU LAGI SAYA MOHON BANTUAN ZAKAT”

11 Februari 2022 (Jumaat), Berat mata memandang berat lagi hati yang menanggung, itulah ungkapan yang sesuai yang dapat kami gambarkan sewaktu tiba di hadapan rumah En. Rahul. Seorang tukang kayu dengan pendapatan yang tidak tetap ditambah pula disaat pandemik Covid19 ini, amat sukar baginya untuk menanggung seorang isteri dan 2 anak yang masih bersekolah. Namun apakan daya, demi tanggungjawab beliau sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan memberi pulangan rezeki kepada keluarganya.

En. Rahul dikatakan hanya mampu menyewa sebuah rumah kecil yang dilihat seperti pondok yang berkeluasan 20 kaki panjang lebar untuk keluarganya berteduh. Tidak cukup dengan kesempitan hidup, ketua keluarga tabah ini pula diuji dengan kesihatan isterinya yang sakit akibat mengalami strok sejak 2 tahun yang lalu. Masanya untuk keluar mencari rezeki juga terganggu disebabkan perlu membantu isterinya menguruskan diri.

Apabila ditanya, mengapa keluarga ini tidak pernah menghantar permohonan bantuan zakat, jawapan yang diberikan En. Rahul adalah “Saya beranggapan keluarga saya tidak layak terima bantuan selain menerima khabar orang luar yang menyatakan perlu membawa isteri bersama ke kaunter zakat”. Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP menafikan infomasi yang diterima En. Rahul itu adalah tidak tepat. “Kalau saya tahu, dari dulu lagi saya mohon bantuan zakat”, jelas beliau dengan gembira sejurus menerima beberapa syor skim bantuan daripada MAIWP.

Terima Kasih Pembayar Zakat.

Amanah Pembayar Zakat, MAIWP Tunaikan. 

Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------
loading...


Post a Comment

أحدث أقدم