Wanita dulu berhijab kini tanggal, Da’i Farhan harap diberi hidayah – “Balik ke pangkal jalan..”

Lama tidak mendengar khabar berita mengenai pendakwah bebas, Da’i Farhan yang mula menyepi sejak tahun lalu selepas melalui pelbagai kontroversi berhubung isu rumah tangganya.

Wanita dulu berhijab kini tanggal, Da’i Farhan harap diberi hidayah – “Balik ke pangkal jalan..”



Terbaru menerusi temu bual mStar Online, pendakwah berusia 32 tahun itu menyifatkan Ramadan adalah bulan terbaik bagi umat Islam memperbaiki kekurangan sekali gus bermuhasabah diri masing-masing.

ARTIKEL MENARIK:Pelakon Terkenal Ben Amir Diarah Bayar Denda RM100k Dan Ini Akibatnya Sekiranya Dia G4gal Bayar




“Ramadan bulan penyucian hati kita. Jadi kita ambil peluang perbaiki keperibadian kita mengikut Nabi Muhammad SAW.
“Mudah-mudahan yang belum dapat jodoh, dikurniakan pasangan baik. Begitu juga dengan zuriat, diperoleh zuriat yang baik-baik. Teruskan berdoa dan berikhtiar, Allah akan bagi tepat pada waktunya,” katanya.

Ditanya mengenai bekas isteri Dr Erin didakwa sudah tidak berhijab, juara program realiti Dai musim kedua itu mendoakan golongan wanita yang dahulu pernah bertudung dan kini membuka hijab supaya kembali ke pangkal jalan.




“Mudah-mudahan diberikan hidayah semua sekalilah… (nasihat) ini kepada sesiapa sahaja untuk kembali ke pangkal jalan dan berada dalam rahmat Allah.
“InsyaAllah… Allah maha pengampun, saya sendiri pun ada kekurangan semoga kita semua diampunkan dosa.
“Kita jadikan bulan ramadan sebagai madrasah tarbiyah untuk didik diri kita jadi lebih baik,” ujarnya lagi.

Farhan dan Erin yang juga ibu tunggal anak lapan pernah berkahwin di Mekah pada November 2019 dipercayai secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama Fatin Nurul Ain Mat Aris.

Pendakwah tersebut kemudian menceraikan Fatin yang sarat hamil anak kedua mereka dengan talak satu pada 3 Disember 2019.


Namun, hubungan dengan Erin hanya bertahan selama lima bulan sebelum dia kembali bernikah semula dengan Fatin pada 1 Syawal tahun lalu.

Sumber: mStar Online (Ali Toupan Rajalee) viaBulletin 50 Times


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم