Siakap bakar size sederhana dijual rm40”- Peniaga bazar Ramadan jangan ani4y4 pembeli

TAHUN ini, Merak Jalanan tidak ketinggalan membeli juadah di bazar Ramadan. Maklum saja, sudah dua tahun tidak berkesempatan menikmati suasana tersebut disebabkan pandemik Covid-19.

Siakap bakar size sederhana dijual rm40”- Peniaga bazar Ramadan jangan ani4y4 pembeli



Jika dua tahun lalu iaitu sebelum pandemik melanda, menu wajib Merak Jalanan beli di bazar Ramadan ialah ikan atau ayam bakar, kuih-muih, roti john, air kelapa, manakala satu lauk untuk hidangan pada waktu sahur nanti.

ARTIKEL MENARIK:“Auto kembang tekak” Nasi Kerabu Penuh Ulat, Wanita Ini Terus Batal Niat Untuk Buka Puasa




Bawa RM50 sudah cukup untuk hidangan sekeluarga.

Tapi Ramadan kali ini agak berbeza apabila dengan wang RM50, Merak Jalanan tidak lagi dapat beli hidangan semewah itu.

Merak Jalanan terkejut mendapati penjual ikan bakar menjual ikan siakap bersaiz sederhana dengan harga RM40. Jika saiz besar sikit, boleh cecah RM50. Ikan saiz kecil tidak pula dijualnya.


Merak Jalanan tahu, harga bahan mentah yang melambung menyebabkan peniaga menaikkan harga makanan yang dijual. Tapi ada pihak mendakwa, punca kenaikan harga mentah disebabkan pengeluar atau pemborong mengenakan caj tambahan seperti pengangkutan kepada peniaga dan akhirnya kos tersebut terpaksa ditanggung pembeli.

Sebab itu, ada peniaga terpaksa menjual ayam sehingga RM10 iaitu melebihi harga maksima RM8.90 yang ditetapkan kerajaan. Peniaga tidak ada cara lain selain menaikkan harga.


Merak Jalanan tidak pasti sampai bila masalah rantaian ekonomi yang sudah lama berlarutan, akan selesai. Isu sama masih kedengaran, namun masih tiada penyelesaian efektif dapat dilakukan kerajaan.

Bila berkunjung ke bazar Ramadan, barulah Merak Jalanan sedar wang kita ketika ini tidak sama lagi nilainya berbanding dua tahun lepas. Bawa RM50 belum tentu cukup untuk membawa pulang hidangan untuk keluarga.

sumber : sinar harian

artikel selanjutnya

Peniaga bazar Ramadan jangan aniaya pembeli

JEJAKKAN kaki ke bazar Ramadan dalam fasa peralihan ke endemik merupakan satu perasaan yang sukar digambarkan.




Mana tidaknya, sudah dua tahun rakyat melalui pandemik Covid-19 hingga mengorbankan lebih 35,280 nyawa dan kini tiba masanya rakyat perlu ‘bergembira’ untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Melihat suasana di bazar Ramadan, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli juadah berbuka puasa termasuklah penulis.

Hidangan pelbagai jenis juadah, aroma ayam golek bukan main menusuk hidung, kuih muih beraneka rasa, deretan balang air bermacam-macam jenis dan warna, membuatkan penulis telan air liur.

Ikutkan nafsu mahu beli semua tapi fikirkan akan berlaku pembaziran, hasrat terpaksa dibatalkan.

Bagaimanapun, ada terdengar cerita kurang enak sampai di telinga penulis apabila beberapa pembeli mengeluh juadah yang dibeli di bazar Ramadan terlalu mahal selain kurang enak tatkala dijamah.

Ada juga ayam masak merah yang dibeli untuk juadah berbuka itu telah basi dan didakwa peniaga ‘recycle’ ayam goreng untuk dijual semula pada keesokan harinya hingga pembeli mengalami keracunan makanan.

Perkara sama juga berlaku di Kuala Terengganu, di mana dua adik beradik telah cirit-birit selepas dikatakan makan puding buih dibeli ibunya di bazar Ramadan.
Akibatnya, mereka dihantar ke zon merah Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) namun keadaannya dikatakan telah stabil.

Terdapat pelbagai bahaya menanti sekiranya seseorang itu termakan makanan yang sudah basi dan tercemar dengan bakteria seperti salmonella.

Pengalaman penulis membeli kuih di bazar Ramadan juga menghampakan apabila peniaga telah ‘scam’ penulis dengan menjual popia berintikan taugeh yang sudah rosak.
Harga pula RM5, dalam bekas terdapat lima biji kuih popia dengan saiz kecil. Kalau beginilah sikap peniaga, ibarat kata netizen, boleh pergi umrah balik hari.

Tetapi penulis tekankan, tak semua peniaga berbuat demikian, hanya segelintir sahaja.
Bila menyentuh soal harga barang, kerajaan mengakui agak sukar untuk mengawal harga makanan yang telah dimasak berbanding barangan mentah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan menyatakan tiada garis panduan berhubung perkara itu setakat ini.
Beliau berkata, kerajaan menyerahkan perkara itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan.

SHAH ALAM 17 MEI 2018. Peniaga Nasi Lauk Negeri Sembilan, Sharif Abdullah Sanik 38 (kiri) melayan pengunjung yang hadir untuk mendapatkan juadah berbuka puasa pada hari pertama puasa ketika berniaga di Bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam. STR/MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT

Walaupun begitu, peniaga tidak boleh mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati dan jangan ambil peluang mengaut keuntungan yang tidak berpatutan hingga merugikan pembeli terutama apabila menerima makanan sudah basi dan rosak.
Peniaga atau penjual perlu mengambil kira keberkatan Ramadan, di mana penjual wajib berlaku jujur dalam urusan jual beli.

Bila menyentuh isu kebersihan juadah di bazar, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dikatakan akan membuat pensampelan makanan terutama ke atas makanan berisiko tinggi menyebabkan keracunan bagi menjamin keselamatan makanan kepada pembeli.

Perkara ini sebenarnya ditekankan oleh JKNS, namun peniaga tidak mengambil cakna sebaliknya lebih mencari keuntungan semata-mata.

Tindakan itu sudah tentu tidak wajar dan ia amalan tidak sihat dalam perniagaan sekali gus menjejaskan peniaga lain.
Dalam usaha melariskan jualan dan mengejar keuntungan, peniaga tidak harus menipu atau menganiaya orang ramai.

Sememangnya, kebenaran membuka bazar Ramadan di seluruh negara sedikit sebanyak dapat membantu peniaga yang terjejas pendapatan sebelum ini bangkit semula tetapi biar berpada.

Nasihat kepada pembeli, lebih berhati-hati ketika membeli juadah yang dijual sepanjang Ramadan bagi mengelak berlakunya kes keracunan makanan dan kena scam.
Penulis ingatkan kepada peniaga, berlaku jujurlah dalam jual beli agar keuntungan itu bukan sahaja dinikmati di dunia ini tetapi dirasai juga di akhirat nanti kerana tiada siapa tahu, mungkin tahun ini Ramadan terakhir buat diri kita.

sumber : sinar harian via bulletin50times

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم