“Terima kasih kerana sudi menunggu”- Didakwa Atas 5 Pertuduhan, Ini kata2 Pu Azman Kepada Semua

PENCERAMAH selebriti, PU Azman atau nama sebenar Azman Syah Alias didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas lima pertuduhan melakukan amang s3ksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.

“Terima kasih kerana sudi menunggu”- Didakwa Atas 5 Pertuduhan, Ini kata2 Pu Azman Kepada Semua



Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap dua remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun.

ARTIKEL MENARIK:Dijangkiti COVID-19 Untuk Kali-4, Rihana Oksana Ada ‘Senjata’ Rahsia?


PU Azman didakwa atas 5 pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap 2 remaja lelaki

PU Azman atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Man berusia 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Berdasarkan tiga pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang s3ksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan keluc4han melampau.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 3 hingga 5 pagi di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai lalu.

Selain itu, tertuduh turut berdepan dua pertuduhan melakukan amang s3ksual fizikal ke atas mngsa remaja lelaki berusia 16 tahun 10 bulan.

Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah bilik di rumah yang sama lebih kurang pukul 8.30 malam hingga 12 tengah malam, 5 Februari lalu dan di ruang tamu rumah sama antara pukul 3 hingga 6 pagi, 6 Julai lalu.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan S3ksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

PU AZMAN didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan melakukan amang s3ksual fizikal terhadap dua remaja lelaki.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PU Azman yang memakai baju kurta berwarna gelap kelihatan tenang ketika berada di perkarangan mahkamah.

Beliau selepas itu hadir dengan ditemani peguam, kakak dan abang iparnya pada pukul 8.30 pagi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly memohon mahkamah mengenakan jaminan tinggi terhadap tertuduh iaitu RM15,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan S3ksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Peguam yang mewakili tertuduh, Mohamad Zahid Ahmad kemudian memohon jaminan yang rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya.

“Beliau juga telah hadir hari ini dan menunjukkan kerjasama yang sangat baik.

“Tertuduh berusia 41 tahun adalah seorang bujang dan turut menanggung keluarga di Rantau, Seremban,” katanya dalam prosiding kes di sini hari ini.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan tertuduh dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai




Selain itu, mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada Sabtu pertama setiap bulan dan paspot diserahkan kepada mahkamah.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Disember depan untuk serahan dokumen.

Sementara iitu, PU Azman ketika ditemui selepas membayar duit jaminan pada pukul 2.40 petang tadi mengucapkan terima kasih dan menghargai doa daripada semua pihak.

Kata2 Cik Man

“Terima kasih kerana sudi menunggu dan Cikman menghargai doa daripada semua pihak. Alhamdulillah hari ini proses pertuduhan diserahkan kepada peguam,” katanya.

PU Azman seorang pelakon, pengacara, pakar motivasi, pendakwah bebas Malaysia dan ahli perniagaan mula dikenali ramai pada 2014 semasa penyertaan beliau dalam program Pencetus Ummah musim ke-2. Gemar menyelitkan unsur lawak dalam menyampaikan dakwah dan memberi nasihat faktor kelainan yang ada pada diri beliau.

Biodata

1. Pemilik nama sebenar Azman Syah bin Alias. Dikenali sebagai PU Azman.

2. Berusia 38 tahun (2019).

3. Kelahiran Kuala Lumpur.

4. Kampung halamannya terletak di Rantau, Negeri Sembilan.

5. Berstatus duda, namun tidak mempunyai anak.

6. Ibunya, Fatimah Taat telahpun meninggal dunia pada tahun 2017.

7. Merupakan bekas pelajar Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan.

8. Pernah menuntut di Mesir selama 11 tahun dalam bidang Kuliyah Syariah Islamiah.

9. Bakatnya dicungkil daripada rancangan Pencetus Ummah musim kedua pada Disember 2014. Diangkat sebagai juara program realiti Islamik itu sekaligus menewaskan PU Mohd Lokman Ahmad (PU Lokman), PU Mohd Yusof Arbain (PU Yusof) dan Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli (PU Hafiz) di peringkat akhir.

10. Kini bergelar penceramah bebas, pengacara, pakar motivasi dan pelakon.

11. Antara drama dibintanginya seperti Bila Hati Telah Hitam, Geng Tadarus, Lelaki Kiriman Tuhan dan Ustaz Baru Nak Start.

12. Angka pengikut Instagram beliau yang menggunakan nama ‘@pu_azman’ itu kini mencecah 1.2 juta.

Fakta Menarik

Seorang yang suka berjenaka.

Aktif sebagai pemidato sejak zaman persekolahan.

Pernah menanam impian untuk menjadi pembaca berita, hos televisyen dan aktor.

Suka menonton rancangan American Got Talent.
Peminat filem seram.

Hobinya suka ‘melepak’ dengan pelajar bermasalah, membaca buku dan menonton televisyen.

Berkawan rapat dengan pelawak Johan Raja Lawak.

Bakal terbit dengan jenama pakaian sendiri yang menggunakan label ‘PUman’.

Juga akan mengeluarkan buku tidak lama lagi.

Sangat meminati bidang lakonan.

Terdahulu Lebih sebulan pendakwah bebas dan pelakon, Azman Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman ‘menghilangkan diri’ dan tidak kelihatan di media sosial mahupun di kaca televisyen. Namun, baru-baru ini PU Azman dilihat memuat naik foto dirinya menghadiri sebuah kenduri.

PU Azman menghilang?

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Azman Syah Alias dilihat bergambar bersama beberapa ahli keluarga yang lain sambil berdiri ketika menghadiri sebuah kenduri setelah lebih sebulan tidak mendengar khabar berita.

Alhamdulillah, jarang dapat berkumpul bersama, semua lengkap.

Namun, apa yang membimbangkan warganet adalah sosok tubuhnya yang disifatkan semakin susut dan bentuk muka kelihatan sedikit cengkung. Malah, ada juga di antara mereka mendoakan agar segala urusan pendakwah bebas berusia 41 tahun itu dipermudahkan serta dipelihara dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Hasil pemerhatian , foto berkenaan telah dipadam dan kali terakhir dikemaskini adalah pada awal September lalu.

Foto tangkap layar


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم