Bekas isteri kerabat diraja, Rihana Oksana berkongsi dengan pengikutnya bagaimana dia menjaga kesihatannya ketika dijangkiti Covid-19 buat kali keempat. Rihana yang kini menetap di Kota London mengesahkan dijangkiti Covid-19 setelah mengalami suhu badannya sangat panas malah hilang deria bau dan rasa.
“Saya terjaga dari tidur dan terasa badan sangat panas dan suhu badan mencecah 39 celsius. Saya memakai topeng untuk mengelakkan Leon dijangkiti dan pergi membuat sarapan. Dan kemudian saya sedar tiada bau dan rasa. Nah, hello, covid! Lama tak jumpa- tulis Rihana menceritakan detik -detik awal dijangkiti Covid-19.
ARTIKEL MENARIK:Pu Azman akhirnya didαkwa, kes yg dia terlibat buat ramai terkejut
Menurut Rihana, ini merupakan kali ke-empat dia dijangkiti virus Covid-19 namun simptom untuk kali ini sama seperti jangkitan yang pertama kali.
“Sebenarnya ini kali keempat saya mendapat covid. Dan kini simptomnya hampir sama dengan kali pertama – juga tiada bau atau rasa, tiada selera makan, demam panas. Sejak hari jumaat lagi saya lemah dan rasa sakit. Tetapi saya fikir saya hanya letih.. Saya mempunyai rancangan lain untuk minggu ini, untuk tidak hanya berbaring di rumah di London dan terus sakit”- tulisnya
Senjata Rahsia Melawan Virus Covid-19
Rihana sangat bersedia jika dia di jangkiti Covid-19 lagi dan memberitahu bahawa tiga komponen penting iaitu Zink, Selenium dan vitamin D menjadi senjata pelindungan atau antiviral terbaik untuk dirinya.
“Saya mempunyai vitamin kompleks sebagai senjata saya. 3komponen – zink, selenium dan vitamin D – memberikan perlindungan antiviral yang baik.
Tambahnya lagi, kerap minum air dan tidur yang secukupnya antara langkah berkesan untuk melawan virus.
“Saya juga minum lebih banyak air dan cuba mendapatkan lebih banyak tidur. Saya juga mengubah sedikit diet saya sekarang supaya badan saya mempunyai kekuatan untuk melawan virus. Kerana peningkatan tekanan akibat Covid-19, badan saya memerlukan lebih banyak kalori daripada diet biasa. Saya akan menambah lebih banyak protein. Saya tidak berselera, tetapi saya perlu makan supaya saya tidak mengalami sebarang defisit.”- tambahnya lagi.
Menutup bicara, Rihana mengharapkan doa dari peminatnya agar cepat sembuh.
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق