Banglo Usang Bukit G4sing Akhirnya ‘Sold Out’ Dibeli RM4.4 Juta, Kis4h Benar Terbongkar

Sekiranya anda meminati kisah seram, pastinya sudah terbiasa mendengar cerita mengenai sebuah banglo besar yang terletak di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Banglo Usang Bukit G4sing Akhirnya ‘Sold Out’ Dibeli RM4.4 Juta, Kis4h Benar Terbongkar



Rumah banglo mewah itu pernah menjadi buah mulut masyarakat pada suatu ketika dahulu dan sehingga kini ia masih menimbulkan misteri apabila sebuah kereta mewah jenis Porsche ditinggalkan di halaman.

ARTIKEL MENARIK:“Opah ToIong Jaga Kakak & Abang Boleh?” Luahan Anak Yatim Kehilangan Ayah, Ibu Dan Adik Ini Undang Sebak


Namun setelah bertahun lamanya tidak berpenghuni, rumah banglo itu akhirnya berjaya terjual pada harga RM4.4 Juta. Perkara itu dimaklumkan oleh pakar hartanah lelong, Muhammad Ishaq di laman Facebook beliau.

Tetapi identiti pemilik rumah baharu itu tidak dimaklumkan ker4na dokumen pemilikan tersebut dipercayai merupakan maklumat sulit.

Difahamkan, pada bulan November Selangor Auction Property di laman Facebook membuat pengumuman mengenai lelongan rumah itu yang akan diadakan pada 13 Disember (semalam) dengan kapsyen ‘Dia kembali…lagi’.


Kredit: FB Selangor Auction Property

Pelbagai dakwaan dan variasi kisah seram telah disiarkan di media sosial, ant4ra yang paling meninggalkan kesan adalah mengenai cerita seorang doktor dan keluarganya.

‘Pernah dimiliki seorang doktor’

Memetik sumber, sebelum ini, banglo mewah itu dikatakan dimiliki oleh seorang doktor yang diberi gelar4n SG.

SG House merupakan nama singkatan bagi doktor itu dan huruf utama tersebut dipaparkan di pintu gerbang rumah berkenaan.

Seperti yang dilaporkan, ada pihak mendakwa bahawa doktor terbabit telah menamatkan hidupnya dengan ‘tindakan sendiri’ walaupun pada itu, perniagaannya berada pada tahap yang baik.

Ada juga yang mendakwa doktor tersebut mengakhiri hidupnya dengan ‘tindakan sendiri’ selepas isterinya mendapat tahu dia mempunyai perempuan simpanan dan bertindak untuk membunuh wanita itu.

Selain itu, dakwaan yang lain pula mengatakan kecurangan merupak4n punca utama isteri doktor itu menikamnya bersama perempuan simpanan dan anak perempuan mereka di banglo itu.

Dakwaan adalah palsu

Bagaimanapun, kesemua dakwaan dan cerita tular tersebut adalah palsu kerana rumah berkenaan sebenarnya dimiliki oleh seorang lelaki berbangsa Cina, penganut agama Kristian Tegar yang mempunyai gelaran SG.

Maklumat itu dikongsi oleh Muhammad Ishaq di mana dia berkongsi berkenaan pengalamannya ketika berada di banglo usang berkenaan sebelum ini.

Dalam satu hantaran Facebook, Muhammad Ishaq berk4ta cerita seram itu kemungkinan dipercayai adalah untuk melariskan halaman media sosial dan untuk menarik minat pembaca.

Berikut adalah petikan perkongsian Muhammad Ishaq.

Berdasarkan carian di pejabat tanah, pemilik sebenar rumah mempunyai kad pengenalan berkepala 61 (sekarang umur 60). Rumah ini digadaikan di bank pada 15 Mac 2013.

Berdasarkan carian dan maklumat di mahkamah tinggi, pemilik masih hidup. Tetapi tidak tahu sama ada dia tinggal di luar negara atau sudah meninggal di sana ataupun masih di Malaysia tetapi tidak daftar kematian (deceased). Kemungkinan besar pemilik masih hidup.



Lelaki terbabit seorang expert dalam seni pertahan diri (jui-jitsu). Ini berdasarkan penemuan dokumen di rumah tersebut. Dia juga seorang penganut Kristian yang kuat.

Ini juga berdasarkan keadaan rumah yang penuh deng4n simbol salib koptik Mesir. Dia juga ada menulis buku The Aquarian Bible Awakening Thru Cosmic Link Omnipotentology.

Tidak ada dokumen hak milik atas n4ma doktor seperti diwar-warkan. Kemungkinan mereka silap lambang untuk orang Singh dan simbol koptik Kristian.

Sumber: Muhammad Ishaq/Facebook

Kredit -Article Update


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم