Isteri kepada pelakon Afiq Muiz, Pachara Apin yang membuat permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, di sini, kita-kira jam 10.58 pagi tadi.
Pachara atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya, 32, hadir berseorangan dengan mengenakan jubah hitam dan pelitup muka sempat menyambut sapaan media sebelum bergegas memasuki dewan.
ARTIKEL MENARIK:Ammar Alfian Simpati Aaron Aziz Tak Dihargai – “U Can Lose Fat, But Never Lose Your Dignity!”
Nur Aaira Mahdeya
Pada 14 Mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, selain menendang perut dan menumbuk dagu sebanyak dua kali.
Pachara mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada 30 November 2022.
Wanita itu turut memuat naik beberapa foto menunjukkan kecederaan dialami, selain beberapa bukti perbualan dipercayai dengan ahli keluarganya.
Pada Disember 2022, Afiq membuat laporan polis di Balai Polis Dengkil, Selangor selepas dituduh mencederakan Pachara.
Afiq berkata, dia akan membawa kes tersebut ke mahkamah bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar.
Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019, namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata. – BOOM!
Sumber: BERITA HARIAN
Kredit -
إرسال تعليق