SINGAPURA – Mahkamah Singapura menetapkan suspek yang ditahan atas tuduhan memukul dan menyerang pelakon Kamal Adli tidak dibenarkan diikat jamin.
Perkara tersebut diputuskan Hakim Daerah, Brenda Tan pada sebutan kes yang berlangsung hari ini.
ARTIKEL MENARIK:“Ya, Kami Dah Cerai” – Shuk Akui Lafaz Talak Satu Terhadap Sera Sehari Sebelum Ramadan
“Berdasarkan laporan Institut Kesihatan Mental (IMH), saya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
“Kes ini ditangguhkan selama empat minggu pada 2 Mei depan,” katanya.
Kes tersebut juga dilanjutkan selama empat minggu bagi membolehkan pegawai penyiasat melengkapkan siasatan.
Sebelum ini, tertuduh direman selama tiga minggu di IMH untuk pemerhatian psiakiatri.
Suspek berusia 33 tahun berkenaan didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac atas pertuduhan disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.
Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman itu.
Terdahulu, tertuduh yang hadir di mahkamah, membantah permohonan pendakwaraya untuk tidak membenarkan dia diikat jamin.
Brenda menangguhkan kes berkenaan sekitar tiga minit bagi membolehkan mahkamah membaca dua perenggan, khususnya 18 dan 21 dalam laporan IMH kepada tertuduh.
Pada 12 Mac sekitar pukul 9.19 malam, Polis Singapura menerima maklumat mengenai kes tertuduh didakwa menyerang pelakon berusia 36 tahun itu dengan baton di 1 Expo Drive.
Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.
Kamal dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 di Dewan 5A Ekspo Singapura selama tiga hari bermula 10 Mac. Insiden berlaku di penghujung acara itu. – KOSMO! ONLINE
Kredit -Kosmo Digital.
إرسال تعليق