“Ya, Kami Dah Cerai” – Shuk Akui Lafaz Talak Satu Terhadap Sera Sehari Sebelum Ramadan

Selepas agak lama bergelut dengan masalah rumah tangga, akhirnya Shuk Sahar mengesahkan sudah bercerai dengan isterinya, Rossa Sera pada 22 Mac lalu.

“Ya, Kami Dah Cerai” – Shuk Akui Lafaz Talak Satu Terhadap Sera Sehari Sebelum Ramadan




Kata Shuk, proses perceraian mereka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dengan menjatuhkan talak satu terhadap Sera.



ARTIKEL MENARIK:Peguam Sahkan Hafidz Roshdi Sudah Mulakan Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia Tampoi





“Ya, betul kami sudah bercerai pada Rabu minggu lepas sehari sebelum Ramadan.

“Balik saja daripada menunaikan umrah awal tahun ini, kami berbincang dengan baik dan membuat keputusan berpisah,” akui Shuk.





Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, berharap, dapat terus menjalin hubungan yang baik-baik dengan Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah sampai bila-bila demi anak-anak.

“Saya hanya fokus kepada anak-anak. Sekarang ini mereka tinggal di rumah keluarga Sera di Sabah dan anak sulung sudahpun masuk darjah satu.

“Ini ada pengajaran dan iktibar buat saya dan pada masa akan datang, saya dapat jadi seorang yang lebih matang,” katanya.

Pasangan itu berkahwin pada 2015 dan mereka dikurniakan dengan dua puteri iaitu Nur Qurratu Ain, 7 serta Nur Assyifatu Aimi, 4. – BOOM!

Kredit -Boom! Malaysia.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم